Home RR tips: 13 Clever Space

RR tips: 13 Clever Space

by

1) Refleksi cermin
Refleksi cermin membantu mewujudkan ruang tambahan. Manakala penggunaan kaca tembus pandang mewujudkan ilusi kelancaran aliran pandangan.

2) Ruang di dalam ruang13-clever-space-6
Imej dari Joyjoie

Ruang tidur anak kecil masih boleh dipisahkan di dalam bilik tidur anda. Reka di dalam satu petak yang cukup memuatkan katil mereka atau gunakan tepee dan hias dengan ringkas. Ia juga boleh menjadi salah satu cara mendidik anak untuk tidur di bilik sendiri apabila mereka semakin membesar.

3) Balkoni luar13-clever-space-1
Imej dari Dewani

Cipta ruang rehat yang menenangkan, jangan biarkan balkoni luar kosong begitu sahaja, tempatkan kerusi di ruang balkoni dan hias dengan warna semula jadi supaya selari dengan konsep alami di luar rumah.

4) Maksimumkan aras tingkat dua13-clever-space-4
Imej dari Design Base

Tidak dibiarkan kosong balkoni di aras tingkat dua ini diubahsuai menjadi ruang belajar tambahan di dalam rumah. Malah, jadi lebih kreatif dan ubahsuai bahagian ini untuk meletakkan minuman dan snek bagi penghuni supaya tidak turun ke dapur jika dahaga dan lapar di tengah malam.

5) Dinding sebagai perabot
Dinding pembahagi kawasan kawasan boleh direka menjadi rak penyimpanan seperti susunan koleksi buku atau  hiasan.

6) Perabot bersifat functional 13-clever-space-5
Imej dari Nice-Style

Platform katil boleh disambung terus dengan rekaan lain seperti meja belajar di bahagian bawahnya atau kabinet penyimpanan pakaian di bahagian headboard sekaligus turut menyediakan ruang penyimpanan seperti buku, mainan dan pakaian.

7) Dinding tumpu
13-clever-space-2
Imej dari Sky Creation

Reka custome cabinet atau konsol televisyen yang boleh menjadi rak hiasan dan penyimpanan, Jika mahu lebih kemas, reka rak yang tertutup supaya boleh menyimpan perkakasan kecil agar nampak rapi.

8) Bawah tangga13-clever-space
Imej dari Inn Home

Bawah tangga yang seringkali menjadi ruang yang terabai boleh didekorasi menjadi ruang rehat tambahan. Tambahkan kerusi sebagai tempat duduk di bawah tangga. Rak direka kreatif sebagai pembahagi kawasan boleh dijadikan tempat pameran dan susunan bahan bacaan.

9) Perabot boleh laras
Kini terdapat pelbagai jenis perabot boleh laras di pasaran. Perabot boleh laras lebih mudah untuk direkabentuk mengikut saiz dan ukuran ruang yang hendak dipasang bagi mengelakkan daripada pembaziran membeli perabot yang tidak bersesuaian dengan ukuran kediaman kecil anda.

10) Perabot hibrid
Pilih perabot yang memiliki ciri pelbagai fungsi. Contohnya, kerusi rehat yang boleh menjadi katil atau rak dinding dwi fungsi yang boleh menjadi tempat menyusun item dan menggantung barang dalam masa sama. Penggunaan perabot hibrid ini sangat mudah untuk diaplikasikan di ruang kecil.

11) Tempat duduk
Menambah kerusi atau sofa di ruang tamu boleh menyesakkan ruang. Sebagai alternatif, tempatkan beberapa beg kekacang bagi menerima kehadiran tetamu yang lebih ramai. Selain menjimatkan ruang, beg kekacang mudah dialihkan dan disimpan jika mahukan ruang ringkas apabila bersendirian di rumah.

12) Lampu LED  13-clever-space-3
Imej dari Lite Tile
Penggunaan lampu LED sebagai splashback di dapur misalnya bagi menyediakan suasana lebih cerah di sekitar kabinet ruang kerja sekaligus menyelamatkan penggunaan ruang worktop tanpa perlu meletakkan lampu kerja di atasnya.

13) Pemasangan Awning
Jika tidak berniat menggunakan LED sebagai splashback kabinet dapur, pasangkan tingkap awning adalah idea bijak bagi kabinet dapur direka pada dinding lebih lagi jika ia adalah dinding sisi tanpa bilik lain bersebelahan. Awning membolehkan cahaya masuk dan mengeringkan worktop kerja di dapur dengan cahaya semulajadi.