Home RR Tips: Sambut Tetamu Hujung Minggu

RR Tips: Sambut Tetamu Hujung Minggu

by

Hujung minggu adalah masa terbaik mengundang rakan ke rumah. Hujung minggu juga adalah hari yang paling sesuai mengatur pertemuan keluarga. Ikuti lima tip dari Dr Eric Leong menjadikan rumah tempat terbaik untuk pertemuan sahabat dan saudara.

rr_41_eric_leong_hujung_minggu

Olah warna senada
Memang benar warna kediaman cara mudah mengubah mood dalam rumah. Namun biasanya warna tidak kerap ditukar ganti. Tapi ia bukanlah satu halangan jika mahu mencipta suasana baru. Apakah warna dinding tumpu ruang tamu anda? Gunakan warna tersebut sebagai inspirasi memilih warna perabot, kemasan lembut dan dekorasi lain yang mudah dan tidak memakan belanja besar untuk ditukar. Satu warna mempunyai rona beerbeza lembut dan terang. Paling penting minat dan kreativiti mengolah dan suaipadan warna.

rr_41_eric_leong_hujung_minggu_sofa

Persinggahan menyegarkan
Manfaatkan laman rumah sebaik mungkin. Tanam tumbuhan hijau, baik pepohon hiasan mahupun pokok berhasil yang boleh dituai. Bagi kediaman tanpa laman, pertimbangkan penanaman dalam pasu atau organik. Kehijauan yang dicipta menjadikan kediaman anda persinggahan sejuk dan menyegarkan. Tambahan lagi jika ada gazebo atau meja patio. Tetamu anda tentu suka. Jangan hairan jika setiap kali hujung minggu anda menerima kunjungan rakan dan taulan!

Deko Appetizers
Pembuka selera boleh menjadi satu item dekorasi. Hasilkan hidangan seperti french macaroon, apam polkadot atau donut pelbagai perasa yang dibuat comel dan cantik. Gunakan botol atau bekas kaca bagi memaparkannya. Renda dan riben boleh digunakan untuk menyerikan persembahan pembuka selera ini.

Sedulang buah-buahan
Jika di ruang tamu, pembuka selera menjadi dekorasi, gunakan pula buah-buahan segar bersama sebuah dulang atau bakul cantik sebagai hiasan di meja makan. Sebaiknya pilih buah-buahan berwarna ceria dan bersaiz besar bagi membolehkan ia nampak lebih menonjol.

rr_41_eric_leong_hujung_minggu_mirror

Perfect Powder Room
Kemungkinan besar tetamu yang bertandang meminta izin mengunakan bilik air. Maka bilik air tetamu perlu dipastikan sentiasa bersih dan kering. Walaupun mungkin ia tidak sebesar mana, atau sekadar sebuah powder room ada cara menjadikannya sempurna. Tambah haruman bersama bunga hidup bagi mencipta suasana segar supaya tetamu selesa menggunakannya.