Home RR Hartanah: Perlindungan Sewaktu Membeli Rumah

RR Hartanah: Perlindungan Sewaktu Membeli Rumah

by

Beberapa hal merunsingkan bakal pembeli rumah adalah komitmen kewangan pada bila- bila masa boleh berubah dan menyulitkan mereka untuk meneruskan komitmen pembayaran. Pemaju hartanah di Malaysia, IJM Land prihatin mengenai kebimbangan ini buat pertama kali memperkenalkan polisi jaminan insuran 3 dalam 1 iaitu  IJM Land’s HomeTIPS atau dikenali Triple Insurance Protection Scheme membolehkan pembeli mempunyai hartanah rumah dan meredakan kebimbangan tidak dapat menampung kos bayaran jika berlaku sesuatu tidak dijangka.

rr_fokus_hartanah_ijm

Soal Jawab IJM LAND
Apakah faedah skim ini kepada pembeli rumah?

IJM LAND: The Term Life, Personal Acident dan Involuntary Unemployement diperluaskan kepada pembeli rumah selama 36 bulan dari tarikh menandatangani dokumen perjanjian jual beli rumah. Pembeli rumah IJM Land yang secara tidak sukarela ditamatkan daripada pekerjaan mereka sepanjang tempoh polisi, akan mendapat manfaat daripada timely pay out oleh Unemployment Insurance. Pembeli rumah daripada hartanah terpilih juga layak untuk mendapatkan Group Term Life Scheme and Personal Accident Scheme di mana faedah kewangan dibayar di dalam kes berlaku kematian atau hilang upaya kekal.

Adakah terdapat syarat dari segi harga hartanah yang dibeli bagi mendapatkan skim ini?
IJM Land: IJM Land HomeTIPS digunapakai untuk pembelian daripada projek pembangunan kediaman dengan harga jualan daripada RM300k kepada RM2 juta.

rr_fokus_hartanah_ijm_project_1

Adakah skim insuran ini boleh digunapakai pembeli hartanah pertama, atau boleh juga diguna pakai oleh pihak kedua / ketiga?
IJM Land: IJM Home TIPS hanya untuk pembeli yang membeli hartanah terus dari IJM Land semasa tempoh kempen bermula sekarang hingga Disember 2016. Manfaat polisi tidak boleh dipindah milik dan akan terbatal serta tidak sah jika pembeli pertama menamatkan Perjanjian Jual Beli atau menjual hartanah dalam tiga tahun dari tarikh Perjanjian Jualan dan Pembelian.

Bolehkah skim ini dianggap sebagai gimik pemasaran oleh IJM Land untuk meningkatkan jualan?
IJM LAND: IJM Land bertujuan menyediakan penyelesaian selepas mendengar maklum balas daripada pelanggan mengenai ketidaktentuan

Di manakah projek yang mengambil bahagian? Hanya di Kuala Lumpur?
IJM LAND: Projek-projek yang terlibat ada di pelbagai lokasi seperti Pulau Pinang, Johor, Sandakan, Kuching, Seremban, Kuala Lumpur dan Selangor.

Soal Jawab Allianz
Mengapa Allianz memilih untuk bekerja dengan IJM Land dan menawarkan skim insurans pembelian rumah?
Allianz melihat ia sebagai satu kerjasama pintar dan tepat pada masanya. Allianz sangat menghargai kepercayaan yang diberikan oleh IJM Land untuk membangunkan skim insurans di mana pemaju/organisasi (IJM Land) mahu menjaga kepentingan pelanggan. Di atas nilai hartanah yang dijual, pembeli lebih terjamin dan akan dilindungi Unemployment Insurance dan layak Group Term Life Scheme dan Personal Accident Scheme.

rr_fokus_hartanah_ijm_project_2

Bolehkah kongsikan beberapa pra-syarat yang melayakkan pembeli rumah mendapat manfaat skim?
Antara kriteria utama: Syarat Am
1) Pinjaman pembelian rumah mesti telah diluluskan
2) Penyertaan umur berusia antara 18 hingga 64 tahun
3) Pembelian harta rumah oleh individu/  kumpulan. Entiti Korporat tidak layak memohon skim ini

Berapa lama tempoh pembayaran tuntutan kes?
Untuk kes biasa, tuntutan akan diselesaikan dalam tempoh 72 jam dan tidak lebih daripada 7 hari sebaik semua maklumat yang berkaitan diterima. Bagi kes kompleks, pembayaran biasanya dalam tempoh satu bulan dari tarikh dokumen lengkap diterima.