Home Edisi Raya: Soft Furnishing

Edisi Raya: Soft Furnishing

by

soft-furnishing-2

Apa istimewanya tentang PASAYA?
PASAYA adalah kilang  fabrik terbesar di Thailand yang mempunyai rangkaian fabrik luas untuk pilihan membolehkan pelanggan mix and match fabrik untuk kediaman mengikut cita rasa sendiri.

Fabrik PASAYA lulus standard antarabangsa dan memenangi pelbagai anugerah sejak 1997 sehingga sekarang. Bukan sahaja menawarkan fabrik indah tetapi juga selamat untuk keluarga anda. PASAYA mempunyai lebih daripada 100 pengedar di Malaysia dan harga fabrik bermula dari RM69 – RM200 supaya ia mudah untuk pelanggan memilih fabrik PASAYA dalam bajet mereka daripada pengedar berdekatan.

Di samping itu, PASAYA menyediakan perundingan profesional dan perkhidmatan custome made untuk memenuhi keperluan setiap pelanggan secara individu.

Sempena hari raya ini syorkan jenis dan warna fabrik untuk memberi ilusi ruang tamu yang tampak besar?
Sebahagian besar fabrik di dalam bilik perlu dalam nada warna lebih cerah atau design yang kecil dan bukannya corak besar. Langsir perlu dipasang dan digantung dari siling ke lantai membuatkan panel kelihatan lebih besar dan lebih luas.

soft-furnishing

Adakah pemilihan fabrik kusyen perlu diselaraskan dengan fabrik langsir?
Kusyen adalah aksesori, pemilihannya sedikit sebanyak berkaitan dengan langsir. Jika langsir agak biasa tanpa corak yang besar, sebaiknya pilih kusyen dalam rekaan bercorak seperti bunga, berwarna damask, atau dalam warna lain yang menarik. Sebaliknya, jika langsir sudah bercorak, kusyen boleh tampil dalam rekaan biasa atau kecil sahaja.

Bagaimana cara untuk mewujudkan suasana seimbang di ruang tamu dengan mempunyai fabrik berwarna kontras?
Salah satu cara adalah menjadikan sebahagian besar ruang dalam bilik berada dalam naungan warna cerah dan  kontra dengan  sebahagian kecil dalam kawasan yang berwarna lebih gelap.

pasaya-online-ads

Selain fabrik untuk langsir dan kusyen, adakah Pasaya mempunyai soft furnishing lain?
Pasaya menyediakan linen katil bebas formaldehyde yang selamat untuk setiap orang termasuk bayi. Teknologi tinggi untuk rawatan khas digunakan untuk mencegah pertumbuhan kulat dan perlindungan antimicrobial (Sanitized). Juga, rawatan hydrophilic untuk memberi rasa nyaman yang dijamin oleh Cool Mode Award. Rekaan fabrik dengan rasa sejuk membantu menjimatkan kos elektrik dan bersifat mesra alam dengan mengelak menjadi penyumbang pemanasan global.

soft-furnishing-3